MAKANAN May 20, 2017 EANNA DELIGHTS Eanna Delights menjual pelbagai kek, kek cawan & brownies. Terdapat pencuci mulut buatan sendiri. Mereka menggunakan bahan-bahan khas & bake-to-order sahaja. Mereka ini adalah pakar dalam kek perkahwinan, fondant & kek kustom. Pada mereka yang ingin belajar membuat kek, ada disediakan kelas untuk membuat kek juga. Dekat sini ada menu Western, Nasi Lemak Pandan & macam-macam desserts yang membuat anda terliur punya lah! Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Alamat: 49, Jalan Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru Nombor Telefon: +607 232 7294 Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin Tutup) BANAFEE VILLAGE “Makanan bintang 5, harga kaki 5” itu adalah tagline re...